Nadi Mahir Prompt Engineer Kohort 2 – Minggu 2 (Ai Untuk Penghasilan Kandungan Media Sosial)
19 September 2026 | Aktiviti TerkiniKursus NADI Mahir Prompt Engineer Kohort 2 bagi Minggu 2 bertajuk “AI for Social Media Content Creation” telah dilaksanakan pada 18 September 2026, bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di NADI Kampung Surau. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam menghasilkan kandungan kreatif dan bahan pemasaran untuk media sosial.
Sepanjang sesi pembelajaran, peserta diperkenalkan kepada beberapa teknik dan kaedah menghasilkan kandungan media sosial berbantukan AI, termasuk penulisan kapsyen dan hantaran menggunakan formula AIDA (Attention, Interest, Desire, Action). Peserta turut didedahkan kepada penghasilan gambar dan poster menggunakan AI serta teknik menghasilkan kandungan pemasaran yang lebih menarik. Antara perkara yang turut diberi perhatian ialah pemilihan saiz dan format gambar yang bersesuaian untuk platform seperti Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok.
Selain itu, peserta turut diperkenalkan kepada penggunaan AI dalam branding, marketing, advertisement dan promotion, termasuk teknik membina arahan atau prompt yang lebih terperinci untuk menghasilkan visual berkualiti. Sesi turut memperlihatkan penggunaan AI dalam penghasilan video pemasaran melalui platform seperti Google Flow dan Gemini, termasuk penggunaan imej sebagai rujukan serta penulisan prompt untuk menghasilkan video promosi.
Melalui sesi ini, peserta dapat memahami bagaimana teknologi AI boleh dimanfaatkan bagi memudahkan proses penghasilan kandungan digital, khususnya untuk tujuan pemasaran dan promosi. Kemahiran yang diperoleh boleh membantu peserta menghasilkan kandungan media sosial yang lebih tersusun, kreatif dan menarik, di samping meningkatkan keupayaan mereka menggunakan teknologi digital dalam aktiviti perniagaan dan komunikasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: